Friday, September 28, 2012

Say No To FITNAH !

astaghfirullahalazim. huh. sebelum taip apa-apa hari ini saya istighfar dahulu ? kenapa? sebab saya baru jumpa sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah dan buruk sangka orang. walaupun kita berniat baik, hanya Allah yang dapat mengetahui kebenarannya. bukan manusia kerana setiap orang ada perasaan waspada dan lebih teruk lagi buruk sangka. kadang-kadang, bergambar dengan kawan sendiri pun sudah dipandang serong. please lah.

sekarang, cuba kita lihat cermin, eh bukan, monitor dan seterusnya buat refleksi terhadap diri sendiri. apa usaha kita untuk mengelakkan diri daripada fitnah?

  • memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. macam mana nak tahu pakaian kita itu sudah cukup menutup aurat? tanya diri anda, pakaian yang kita sedang pakai itu boleh dipakai untuk solat atau tidak? kalau ya, alhamdulillah. kalau tidak? betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. insyaAllah, maruah terjaga, fitnah pun kurang. orang yang nak fitnah kita itu pun bakal berfikir dua kali sama ada tuduhannya itu berasas atau tidak.
  • bercakap dengan sopan dan berfikir berkali-kali sebelum bertutur. cakap juga jangan dengan suara yang melentok-lentok tetapi perlu jelas. kalau pendengar tak dapat dengar dengan jelas, pasti diorang buat anggapan yang lain daripada apa yang kita cuba nak sampaikan. bila perempuan bercakap mendayu-dayu dengan lelaki yang ajnabi, orang akan fikir kita ni nak jual minyak urat pula.
  • jaga batas pergaulan terutama dengan ajnabi - orang yang dianggap sebagai orang asing. tiada pertalian darah apatah lagi mahram.  jaga batas pergaulan? perlu buat tembok ke bila nak bergaul ataupun berkomunikasi dengan mereka? bukan macam tu. maksud saya, bina tembok keimanan di dalam hati dan kawal perasaan anda. IM Asyraf " Orang yang berjubah putih, bertudung labuh pun tidak dapat mengelakkan diri daripada perasaan cinta, so be careful".
  • tingkatkan amalan sunat tetapi hal ini datang selepas amalan fardhu disempurnakan. amalan sunat yang dilakukan mestilah secara istiqamah - iman akan bertambah [SPM ..hum. msuk pasal exam lagi. haiyoo]. amalan yang kita lakukan ini bukannya untuk menunjuk-nunjuk tetapi ikhlas. berdoa kepada-Nya supaya kita ini dilindungi daripada fitnah dan sikap jahiliyyah.
  • amalkan nasihat mak. kenapa seorang mak? beacause she knows the world better than us. walaupun kita hidup tidak sezaman dengan mereka, nasihat seorang ibu itu semestinya 99.99%  menuju ke arah kebaikan. trust me. kongsi masalah dengan mereka walaupun mereka mungkin tiada jawapan kepada permasalahan kita itu.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
كتب على ابن آدم نصيبه من الزنى. مدرك ذلك لا محالة. فالعينان زناهما النظر. والأذنان زناهما الاستماع. واللسان زناه الكلام. واليد زناها البطش. والرجل زناها الخطا. والقلب يهوى ويتمنى. ويصدق ذلك الفرج ويكذبه
Setiap anak Adam telah mendapatkan bahagian zina yang tidak akan boleh dielakkannya. Zina pada mata adalah melihat. Zina pada telinga adalah mendengar. Zina lidah adalah berucap kata. Zina tangan adalah meraba. Zina kaki adalah melangkah. (Dalam hal ini), hati yang mempunyai keinginan angan-angan, dan kemaluanlah yang membuktikan semua itu atau mengurungkannya”[Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Shahihnya hadits no. 6612 dan Muslim hadits no.2657. Lafaz di atas adalah yang terdapat dalam riwayat Muslim ]

Hello Capt. Friday

Assalamualaikum ... As you all know, Friday or Jumuah is the master of all days. It brings a lot of benefits to us especially to all muslims and muslimahs out there.
Some benefits of Friday is Islam :
  • Allah created Adam a.s. and he was granted an entry to alJannah on this day.
  • Adam a.s. was sent to the Earth.
  • Adam a.s. died on Friday.
  • There is a time on Friday that Allah will granted a person his/her good wishes. There is such an hour on Friday that if any Muslim makes dua in it, his dua will definitely be accepted." (Bukhari, Muslim)
  • From Asr' to Maghrib, it is said that our Du'a is accepted. *but that doesn't mean that you only have to Du'a at that period.
  • It is the occurance of YaumuulQiyamah.
  • Master of the weak/days.
  • Rasulullah s.a.w. appeared in his mother's womb on Friday night.
  • Anyone who took the Wudhu' properly, listen to the Khutbah silently, come to the Friday prayer, his minor sins will be forgiven.
Here are the sunnahs you can do in Friday :
1 - Praying Fajr in congregation [al-Bayhaqi, classed as saheeh by al-Albaani, 1119]

2 - Before and during Salaat al-Jumu’ah (Friday prayer):

➲ Bathing on the day of Jumuah [Bukhari & Muslim: #1951 & #977]
➲ Going early to Jumuah prayer [Bukhari & Muslim: #929 & #1964]
➲ Walks to Jumu’ah prayer [al-Tirmidhi, 496]
➲ Listening attentively to the Jumu’ah Khutbah (Sermon) [al-Bukhaari (934) & Muslim (851)]

3 - Seeking the hour of having one's prayer answered on Jumuah day [Bukhari & Muslim: #935 & #1969]

4 - Reading Surah Al-Kahf [al-Haakim, 2/399; al-Bayhaqi, 3/249]
5 - Sends blessing on the Prophet Muhammad (sallAllaahu 'alaihi wa sallam) [Ibn Majah, #1085); Abū Dawūd, #1047]

Sources :

P/s : May Allah will bless us for every deed that we've done and granted us entries to AlJannah

Friday, September 21, 2012

Perlukah Jadi Emotional?

Sebagai seorang manusia, kita tidak terlepas daripada perasaan ' mudah terasa/tersinggung ' ataupun senang cerita - CEPAT TOUCHING .
 Kadang-kadang itu perkara kecil pun nak merajuk, marah, memberontak, tunjuk perangai buruk dan sebagainya. Memanglah sesuatu perasaan atau ketidakpuasan hati perlu diluahkan, tidak boleh dipendam, tetapi ada caranya. Sesetengah manusia tidak boleh bezakan sama ada orang lain itu hanya bergurau ataupun memang ada niat nak sakitkan hatinya. Pernah tak korang semua jumpa manusia yang suka kenakan atau bergurau dengan orang lain tapi bila orang gurau dengan dia sikit je pun sudah melenting? mestilah ada. Tak payah jauh, tengok je jiran atau classmates korang tu.
“Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan kata-kata yang mentertawakan kawan yang duduk bersamanya, maka dia akan jatuh dengan kata-kata itu lebih jauh daripada bintang di angkasa.” – (Hadis riwayat Ibnu Abid-Dunya)

Selepas penat berfikir macam mana nak layan orang yang cepat terasa ni, baru dapat. Bukannya apa, sebab malas nak bermasam muka walaupun kita hanya berniat nak bergurau tapi diambil serius pula. huh.
Contoh cara budak-budak sekolah menengah :

  • jangan bergurau dengan orang yang sensitif. biar dia rasa kesunyian macam dunia ini tiada matahari dan pelangi. yalah, setiap gurauan tu hanya nak menghiburkan seseorang. tetapi kalau dia yang tak nak hiburan tu, jangan paksa.
  • hanya bercakap mengenai perkara yang penting. tidak semua orang suka mengumpat, bergosip, berbual kosong sebab perkara itu semua perkara-perkara lagha a.k.a. benda yang sia-sia dan tak berfaedah. Firman Allah bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan buruk yang dikatakan terang-terang.”
    Firman-Nya lagi bermaksud: “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah serta berbaik-baik dan mengaku ‘aku seorang Muslim.”
  • bergurau dengan kawan sebelah dia tetapi bila dia masuk campur, kita diamkan diri je. cara ni nampak macam pemulauan tetapi dia pasti akan sedar yang orang tidak suka sikap dia yang terlalu emotional.
  • jaga lidah atau jaga perkataan kita semasa bercakap dengan dengan mereka sebab kata-kata itu ibarat mata pedang. Bayangkan kalau orang pergi berperang tertusuk dengan pedang, fatal ok. 
  • kurangkan aktiviti bercakap tetapi tingkatkan aktiviti beristighfar dan berzikir. tak semestinya berzikir ini perlu dilafazkan dengan kuat. nanti tetiba timbul sifat riak , susah pula.
  • bagi mereka makan benda yang manis macam lolipop atau gula-gula. Jangan bagi dia makan ayam goreng, sebab berlemak. Hati makin panas nanti. lols.
Orang yang cepat terasa ni tersangatlah rugi sebab :
  • ramai orang akan tak berani bergurau atau mendekati dia
  • hidup sunyi sepi 
  • kawan kurang. kalau ada pun mungkin terpaksa atau kesian je.
  • ketidakseimbangan hormon.
  • pencapaian akademik tak tinggi mana. sebab? otak manusia ni sebenarnya berfungsi mengikut pengaruh persekitaran. kalau asyik merajuk je, otak kita ni sentiasa ada unsur yang negatif lah. ada kajian lain mengatakan orang yang suka berangan ni lebih pandai dengan orang yang serius.
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

P/s : be a good friend and ... jaga lah perasaan mereka. walaupun sukar...sorry is the only world that can change your bad term to good.
kesimpulannya, emotional sangat tidak diperlukan dalam diri manusia